8 Makanan Yang Dilarang Untuk Pesakit Gout Agar Tidak Menderita

Assalamualaikum

Kebanyakan pesakit gout sedar bahawa mereka perlu menjaga pemakanan mereka. Ada beberapa makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gout. Sekiranya mereka makan, maka apa yang mereka takuti akan terjadi, keradangan pada sendi yang berpanjangan.

Sekiranya anda tak pasti adakah anda menghidap gout atau bukan, boleh baca artikel Zarith ” 4 Tanda Yang Menunjukkan Anda Penghidap Gout

Ayah Zarith dalam kategori pesakit gout yang kronik. Walaupun dalam nasi goreng ada sedikit ikan bilis, beberapa ketika lepas makan, kaki ayah akan mula bengkak dan sakit.

Makanan laut yang dulunya menjadi kegemaran, selepas ayah menghidap gout, hanya boleh pandang dan bau sahaja. Cuba anda bayangkan bagaimana perasaaan pesakit gout yang terpaksa ‘berpuasa’ makanan kegemaran seumur hidup mereka. Tak sampai hati kan? Terutamanya sekiranya orang tu ahli keluarga kita sendiri.

Tapi tiada apa yang boleh dilakukan, kalau ayah teringin sangat, dan jamah sedikit, sakit gout terpaksa dihadapi selama beberapa hari, kadang makan minggu juga.

Jadi mari kita tengok, apa yang sebenarnya makanan perlu elak untuk gout.

8 Makanan Yang Pesakit Gout Tidak Boleh Makan:

  1. Kekapis dan daging
    • Kurangkan pengambilan makanan laut dan daging, terutamanya ketika tengah sakit. Makanan ini kaya dengan purine yang akan diuraikan menjadi asid urik. Cukuplah sekadar pengambilan 4-6 auns sehari.
  2. Ikan Herring
    • Ada beberapa jenis makanan laut yang boleh dimakan sekali sekala, tapi ada yang perlu dielakkan terus.
    • Ianya seperti ikan herring, tuna dan juga ikan bilis, memang perlu dielakkan.
    • Namun, makanan seperti udang, udang kara, belut dan ketam masih dalam kategori selamat untuk dimakan. Tapi untuk penghidap gout yang kronik, pengambilan makanan ini juga boleh mengundang gout.
  3. Minuman beralkohol
    • Pengambilan minuman keras bagi pesakit gout adalah satu pilihan yang kurang bijak (dalam Islam pun tak boleh ambil minuman ini)
    • Ia bukan sahaja meningkatkan tahap asid urik badan anda tapi ia juga memberi beban kepada sistem tubuh untuk membersihkannya.
  4. Daging merah
    • Kandungan purine dalam setiap jenis daging adalah tidak sama. Daging putih dikatakan lebih rendah kandungan purinenya berbanding daging merah.
    • Namun, sekiranya anda ingin menikmati hidangan daging merah, pilihlah daging lembu berbanding daging ayam belanda dan kambing
  5. Ayam belanda
    • Daging ayam belanda dan angsa adalah lebih tinggi kandungan purine berbanding daging lain. Jadi cuba elakkannya.
    • Ayam (selain ayam belanda) dan itik merupakan pilihan yang lebih selamat. Walaubagaimanapun, daging di bahagian kaki adalah lebih baik berbanding bahagian dada dan kulit
  6. Minuman manis
    • Elakkan pengambilan air manis yang menggunakan sirap jagung tinggi kandungan fruktosa seperti soda dan jus buah-buahan yang dalam kotak atau tin tu.
    • Pengambilan minuman manis ini bukan sahaja menambahkan berat badan anda, ia juga akan menggalakkan badan untuk menghasilkan lebih banyak asid urik
  7. Asparagus
    • Walaupun asparagus ni sayur yang sangat tinggi khasiatnya, namun ia tergolong diantara sayuran yang tinggi kandungan purinenya termasuklah kubis bunga, bayam dan cendawan.
    • Tapi sekiranya anda sangat gemarkan sayuran ini, boleh diambil pada kadar yang sederhana, kerana kandungan purine dalamnya tidaklah setinggi yang ada pada daging merah.
    • Diet sayuran sebenarnya membantu anda untuk menyingkirkan purine dari badan, kerana badan lebih mudah menyingkirkan purine dari sumber tumbuhan berbanding yang lain
  8. Hati
    • Organ dalaman seperti hati, buah pinggang dan hati wajib dielakkan bagi pesakit gout ni.

Sumber: www.health.com

Senarai di atas hanya sebagai panduan kepada anda, sekiranya anda pesakit gout. Sebenarnya terdapat banyak lagi makanan yang perlu dielakkan, dan ia bergantung kepada tahap betapa seriusnya sakit gout anda.

Macam yang Zarith pernah ceritakan sebelum ini, ayah Zarith sangat gemarkan makanan laut. Ada satu malam tu, selepas balik dari satu majlis makan malam di salah sebuah hotel di Batu Pahat, ayah terus mengambil Vivix satu sudu kecil dan terus masuk tidur.

Esoknya ayah ceritalah, yang malam tadi sebenarnya ayah makan lobster, sebab teringin sangat tengok masakan tu, bau pun sungguh menyelerakan. Ayah pun cuba la jamah sedikit yang sebenarnya habis juga seekor). Dalam perjalanan balik tu ayah dah rasa tak berapa sedap pada bahagian buku lali. Ya, gout ayah sangat cepat menyerang, kandungan asid urik dalam darah ayah memang tinggi.

Sebab tu ayah balik terus ambil Vivix, dengan harapan tak kena gout esoknya. Dan Alhamdulillah, Allah memakbulkan doa ayah dengan asbab pengambilan Vivix tu tadi. Ayah sihat seperti biasa. Memang syukur sangat.

Sekiranya anda dah lama ‘berpantang’ makanan kegemaran akibat gout, cubalah ikhtiar dengan Vivix. Vivix dapat membantu mengurangkan kadar asid urik dalam badan anda.

Harga sebotol adalah RM 475. Namun, pada bulan ini ada PROMOSI HEBAT!!!

Dengan setiap pembelian TWIN PACK anda akan dapat:vivix-bottle

  1. PERCUMA KEAHLIAN seumur hidup
  2. HARGA VIVIX pada harga ahli dan jimat lagi 5%
  3. PERCUMA PENGHANTARAN ke seluruh Malaysia
  4. CASH BACK pada bulan depan

Hubungi Zarith 013-7510028 Sekarang juga untuk dapatkannya! Zarith akan berikan anda konsultasi Ekslusif agar kesan optimum akan anda perolehi dengan pengambilan Vivix ini.

Anda juga boleh terus membeli Vivix secara terus di bawah ni. Hanya perlu klik dan pilih sama ada anda ingin membeli sebotol Vivix, atau TWIN Pack. Sekiranya anda mengalami masalah untuk membeli, hubungi Zarith 013-7510028 ye!

esell vivix

Zarith Sofia Ibrahim

Shaklee ID 914562

013-7510028

tonikajaib

Pengedar Sah Shaklee Seremban-Nilai ID 914562 Zarith Sofia Ibrahim

4 thoughts on “8 Makanan Yang Dilarang Untuk Pesakit Gout Agar Tidak Menderita

  • March 22, 2016 at 6:52 PM
    Permalink

    Alhamdulillah… Mak mentua saya dh takde gout.. Jaga pantang makan je sekarang ni…

    Reply
    • March 23, 2016 at 5:32 PM
      Permalink

      Syukur Alhamdulillah =)

      Reply
  • March 23, 2016 at 1:05 PM
    Permalink

    Terima kasih atas info yang diberikan. Ianya boleh dijadikan sebagai checklist makanan yang perlu dielak oleh pesakit gout.

    Reply
    • March 23, 2016 at 5:32 PM
      Permalink

      Betul tu azura. Semoga pesakit gout lebih peka terhadap makanan yang perlu dielakkan selepas ini =)

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge